Ketua Polis Negara ucap takziah pemergian ASP Abdul Rahim
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham ASP Abdul Rahim Othman Siru yang telah meninggal dunia malam tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham yang bertugas sebagai ASP Unit Portal dan Media Sosial, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mencurahkan bakti kepada PDRM selama 14 tahun.

Pemergiannya disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat pasukan khususnya bahagian Komunikasi Korporat.
Razarudin menyifatkan Allahyarham Abdul Rahim sebagai seorang pegawai yang berdedikasi, berbudi pekerti mulia dan sentiasa membantu tanpa mengharapkan balasan.
“Semoga segala amal bakti beliau diterima Allah SWT dan Allahyarham ditempatkan bersama golongan hamba-Nya yang beriman.
“Saya juga berdoa agar keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
PDRM turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







