BERITA SEMASA

Ketua pembangkang cadang penangguhan pembelian 30 pesawat Boeing

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mencadangkan penangguhan pembelian 30 pesawat Boeing yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata langkah itu wajar dipertimbangkan demi mengutamakan kepentingan rakyat dan memastikan kewangan negara digunakan secara berhemah.

“Maklumkan beli pesawat, 30 buah pesawat Boeing itu dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini kalau boleh kita tangguh, kita tangguhkan dahulu.

“Inilah permintaan kami di pihak sini dan saya ucapkan terima kasih,” katanya ringkas ketika membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa keutamaan ketika ini harus diberi kepada usaha menstabilkan ekonomi dan membantu rakyat yang sedang berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perancangan pembelian 30 pesawat Boeing sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh industri penerbangan dan logistik negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button