
Ketokohan Pak Lah yang tenang, berhemah akan sentiasa dikenang – Presiden Pas
KUALA LUMPUR – Ketokohan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sentiasa tenang, berhemah dan membawa pendekatan kesederhanaan dalam kepimpinannya akan sentiasa dikenang.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata dalam satu hantaran di akaun media sosialnya berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara.
“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia Kelima yang telah kembali ke rahmatullah.
“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dalam sejarah kepimpinan tanah air.
“Tun Abdullah dikenang sebagai seorang tokoh yang tenang, berhemah dan membawa pendekatan kesederhanaan dalam pentadbirannya.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal solehnya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” kata Hadi dalam hantaran tersebut.
Bekas Perdana Menteri ke-5 itu meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada pukul 7.10 malam semalam.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |