
Kemboja balas tindakan Thailand, tutup dua pintu sempadan serta-merta
PHNOM PENH – Kemboja mengambil langkah tegas menutup dua pintu sempadan dengan Thailand susulan tindakan oleh tentera negara jiran itu.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berkata, langkah itu sebagai reaksi terhadap penutupan lintasan Choub Korki oleh pihak berkuasa Thailand sejak kelmarin.
“Saya menyokong keputusan gabenor wilayah untuk menutup lintasan itu secara kekal.
“Kita turut menutup pintu sempadan di kawasan Choam, berkuat kuasa pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum itu, Thailand menutup pusat perdagangan di Chong Sai Taku, Wilayah Buriram atas faktor keselamatan.
Tentera Thailand dalam kenyataan berasingan memaklumkan kawalan di semua lintasan sempadan Thai-Kemboja akan ditentukan berdasarkan situasi keselamatan semasa.
Media tempatan turut melaporkan, tindakan Kemboja itu mungkin mendorong Thailand mempertimbangkan penutupan lebih banyak pintu sempadan dalam masa terdekat.
Susulan perkembangan itu, Kementerian Luar Thailand menasihati rakyatnya di Kemboja supaya berwaspada, mengelakkan kawasan berisiko dan mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi kerajaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |