BERITA SEMASA

KESUMA sasar sifar kemalangan, kematian di tempat kerja

CYBERJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) meletakkan sasaran sifar kemalangan, kecederaan dan kematian di tempat kerja.

Menterinya, Steven Sim berkata, keyakinan meletakkan sasaran itu adalah berdasarkan kadar kecederaan di tempat kerja yang merekodkan penurunan sebanyak 17 peratus, diikuti kadar kematian yang berkurangan sebanyak 40 peratus dalam tempoh 10 tahun ini.

kesuma
Steven Sim ketika berucap pada perasmian Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2025 di Cyberjaya, hari ini. – fb/KESUMA

“Ini merupakan satu pencapaian amat ketara. Saya bangga dengan warga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kesuma dan pemegang taruh.

“Tetapi misi dan hasrat kita adalah untuk sifar kemalangan, kecederaan dan kematian di tempat pekerjaan. Semua pekerja harus selamat,” katanya.

Beliau berkatya demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2025, di sini hari ini.

Data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi 2023 menunjukkan, kadar kemalangan perjalanan dan industri mencatatkan penurunan sehingga 80 peratus, berbanding tahun sebelumnya selain 26 majikan terkeluar daripada senarai 100 majikan tertinggi kemalangan.

Sementara itu, Steven dalam ucapan perasmiannya berkata, aplikasi teknologi terkini memberi kesan langsung kepada kecekapan pengurusan maklumat dan risiko pekerjaan dalam aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Katanya, penggunaan teknologi dron, augmented reality (AR) dan virtual reality (VR) oleh JKKP turut meningkatkan keupayaan kejuruteraan forensik, penguatkuasaan tapak bina dan penyiasatan kemalangan di lapangan.

β€œIni meningkatkan keupayaan khususnya melibatkan lokasi yang tinggi dan sukar diakses,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button