BERITA SEMASA

Keselamatan pelajar di luar negara, terutamanya di Timur Tengah terjamin

PUTRAJAYA – Keselamatan pelajar Malaysia di luar negara terutamanya yang berada di Timur Tengah sentiasa terjamin.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan sentiasa memantau keadaan para pelajar di luar negara, terutamanya jika membabitkan keselamatan.

“Saya beri jaminan, kebajikan dan keselamatan pelajar kita sentiasa dijaga.

“Kita sentiasa memantau situasi dan akan melakukan apa yang perlu sekiranya keadaan memerlukan,” katanya.

Zambry berkata demikian dalam dialog bersama pelajar ketika menghadiri Program Karisma Antarabangsa Siswa MADANI 2024 bertemakan ‘Mahasiswa MADANI: Cendekiawan Rabbani’, juga di sini.

Program ini mengumpulkan kira-kira 300 pelajar yang akan meyambung pelajaran ke Timur Tengah dalam bidang seperti Pengajian Bahasa Arab, Pengajian Islam dan al-Quran, dan juga bidang lain.

Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai gagasan Malaysia MADANI yang menekankan akhlak dan adab yang tinggi, serta menggalakkan pemikiran kritis dan analitis dalam menangani isu-isu semasa berdasarkan kajian ilmiah dan data.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button