BERITA SEMASA

Kes kerabat Pahang pukul lelaki: Tengku Hassanal seru polis jalankan siasatan segera

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memandang serius mengenai insiden yang mengaitkan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu didakwa menyerang individu dikenali sebagai Alias Awang.

Sehubungan itu, Tengku Hassanal menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz hari ini menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

“Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan,” titahnya dalam kenyataan itu.

Titah baginda, semua pihak adalah sama di sisi undang-undang.

“Saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang,” titahnya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button