BERITA SEMASA

Kes buli MRSM Besut: Dua lagi pelajar ditahan

BESUT – Polis menahan dua lagi pelajar lelaki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut bagi membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar Tingkatan Dua institusi itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, penahanan dilakukan selepas polis menerima satu lagi laporan daripada mangsa kedua, juga berusia 14 tahun, yang mendakwa turut menjadi mangsa dalam kejadian sama.

“Laporan dibuat pada Khamis lalu, pada pukul 3.58 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut. Mangsa mendakwa dibuli pada pukul 11.30 malam pada 24 Jun lalu di asrama putera MRSM terbabit,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, mangsa mengalami kesakitan pada kaki kanan dan kiri akibat kejadian tersebut.

Susulan laporan itu, dua pelajar lelaki berusia 15 tahun ditahan pada pukul 4 petang semalam selepas hadir bersama keluarga di IPD Besut.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sebelum ini, lima pelajar lain berusia antara 15 hingga 17 tahun telah direman selama tiga hari bermula semalam selepas dipercayai terbabit dalam kejadian buli terhadap seorang lagi pelajar berusia 14 tahun.

Perintah reman terhadap kelima-lima suspek dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Yuhanis Mohd Roslan.

Azamuddin berkata, kejadian dipercayai berlaku di asrama putera MRSM pada pukul 11.30 malam pada Selasa lalu dan disedari oleh warden bertugas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button