BERITA SEMASA

Kes buli: 6 pelajar MRSM di Terengganu dibuang sekolah

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Terengganu yang didapati terlibat dalam kes buli seorang pelajar Tingkatan Dua sehingga cedera, diarahkan dibuang dari institusi berkenaan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tindakan sedemikian langsung tidak boleh diterima dan pihaknya tidak akan melayan sebarang rayuan.

“Sudah berulang kali saya tegaskan bahawa tiada tempat bagi pembuli di mana-mana MRSM.

“Apa jua alasan tidak sesekali menghalalkan perbuatan memukul atau apa jua bentuk perbuatan fizikal yang boleh mencederakan.

“Saya sudah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk tidak sekali-kali berkompromi dalam hal ini.

“Semua pelajar yang terbabit hendaklah dibuang dari Maktab. Tidak perlu melayani sebarang rayuan,” katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah MRSM di Besut mendakwa dibuli sekumpulan pelajar senior di asrama Putera pada malam Selasa lalu sehingga mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 6.48 petang kelmarin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button