
Kertas siasatan isu buku Hannah Yeoh dirujuk ke AGC – Ketua Polis KL
KUALA LUMPUR – Kertas siasatan isu buku Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 10 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan daripada AGC untuk tindakan selanjutnya.
“Kita telah menerima sebanyak 182 laporan polis berkaitan isu berkenaan”
“Kertas siasatan dibuka di bawah Kanun Keseksaan dan kertas enkuiri polis (KEP),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sudah membuat laporan polis berkenaan isu buku itu dan dalam masa yang sama menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku terbitan itu yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |