
Kereta Mercedes musnah terbakar, pemandu terselamat
KUALA LUMPUR – Pemandu Mercedes Benz 450 terselamat selepas kereta dipandunya terbakar di Kilometer 18 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) dekat Plaza Tol Wangsa Maju di sini, semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 1.38 tengah hari.
Komander Operasi Nor Saiful Ibrahim berkata, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.
“Setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta.
“Kebakaran berlaku di bahagian enjin dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya 2.15 petang,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, kereta berkenaan musnah 100 peratus namun tiada mangsa terbabit.
Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Terdahulu tular apabila kenderaan tersebut tersebut terbakar di hadapan sebuah plaza tol selepas melanggar sebuah motosikal.
Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal itu cedera parah dan dirawat di bahagian kecemasan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |