BERITA SEMASA

Kerajaan utamakan keselamatan dalam penempatan semula 15 tawanan perang Palestin

PUTRAJAYA – Aspek keselamatan akan menjadi keutamaan kerajaan setelah bersetuju menerima 15 tawanan perang rakyat Palestin untuk ditempakan di negara ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini sudah diberi taklimat mengenai perkara itu.

“Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) pada mesyuarat Jemaah Menteri memberi sedikit penerangan berhubung 15 orang warga Palestin yang akan dibawa ke Malaysia dan perkara ini adalah susulan kepada keputusan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) untuk menyokong usaha perdamaian dan gencatan senjata di Gaza.

“Jumlah tawanan Palestin di penjara Israel (akan dibebaskan) sekitar 380 tetapi mereka tidak boleh berada di Palestin, maka sejumlah negara seperti Qatar, Turkiye termasuk Malaysia setuju mengambil mereka,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Laporan media semalam menyebut, yang memetik kenyataan Mohamad sebagai berkata, Malaysia sedia menerima 15 tawanan perang rakyat Palestin untuk ditempatkan di Malaysia.

Beliau berkata, ada dalam kalangan mereka ditahan Israel tanpa bicara sejak lebih 20 tahun dan jika dibebaskan mereka tidak lagi dibenarkan pulang ke kampung halaman di Palestin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button