Berita Semasa

Kerajaan umum insentif rebat RAHMAH sempena Aidilfitri

Kuota data internet minimum 5GB

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan pemberian insentif rebat RAHMAH berbentuk tambahan kuota data internet minimum 5GB kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi prabayar dan pascabayar di seluruh negara sempena perayaan Aidilfitri.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, insentif itu bakal memberi manfaat kepada semua warganegara Malaysia.

“Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi pemberian insentif rebat RAHMAH berbentuk kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara Malaysia,” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian dalam sidang akhbar pasca Mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Insentif ini, katanya, tidak melibatkan sebarang peruntukan kerajaan sebaliknya ditanggung oleh syarikat telekomunikasi sendiri.

“Tidak, kami tidak membayar. Bukan ditanggung kerajaan. Syarikat telekomunikasi yang sedia. Macam angpau lah,” katanya lagi.

Tawaran itu sah bagi tempoh minimum 24 jam, dan bakal memanfaatkan lebih 45 juta akaun penggunakan melibatkan syarikat CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDTone dan XOX Com.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button