BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANPMX

Kerajaan tetap teruskan rasionalisasi subsidi RON95

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan tetap meneruskan langkah merasionalisasi subsidi RON95 meskipun harga minyak mentah dunia melonjak naik ekoran konflik Israel dan Iran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkata, dakwaan pemansuhan subsidi bahan api tersebut dimansuhkan adalah tidak tept, tetapi distrukturkan semula.

“Terdapat banyak kempen negatif tentang RON95. Kerajaan telah katakan dan ingin ulangi bahawa tidak ada isu dengan kenaikan RON95 menjejaskan 85 peratus, 90 peratus rakyat tempatan.

“Itu mesti jelas. Apa yang pembangkang katakan ia hanyalah gimik terdesak untuk menunjukkan bahawa rakyat sedang menghadapi kesusahan,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita sejurus menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Beliau kemudiannya turut membidas dakwaan segelintir pihak yang dengan sengaja menimbulkan persepsi negatif sebagai modal menghentam kerajaan.

“Apa-apa pun yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah satu gimik untuk menunjukkan kononnya rakyat sedang mengalami kesusahan,” katanya lagi.

Jelas Anwar, penjimatan hasil daripada rasionalisasi subsidi kemudiannya akan dapat disalurkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan dan bantuan kepada golongan rentan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button