
Kerajaan tegas tangani isu agama, jamin keharmonian negara – Ahmad Zahid
ALOR GAJAH – Kerajaan tetap teguh dalam menangani isu berkaitan agama bagi memastikan keharmonian negara terus terpelihara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, kerajaan Madani sentiasa berpandukan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan memastikan semua pihak dalam kerajaan menghormati serta menyokong peruntukan yang telah digariskan.

“Kita sedar isu agama adalah perkara yang sensitif, dan kita tidak mahu ada pihak menuding jari kepada kerajaan dengan menuduh kita tidak mengambil peduli, terutamanya dalam mempertahankan Islam.
“Kita yakin kerajaan akan terus berpegang teguh pada dasar yang telah ditetapkan bagi memastikan kestabilan negara kekal terjamin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Santunan Kasih Ramadan peringkat Zon Selatan di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, malam tadi.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Ahmad Zahid dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak agar tidak memanipulasi isu agama untuk mencetuskan ketegangan dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, sebelum itu memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan semua agensi penguatkuasaan dan keselamatan mengambil tindakan segera serta tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan sentimen perkauman atau keagamaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |