Berita Semasa

Kerajaan sekat kapal kargo Israel gunakan pelabuhan Malaysia

CYBERJAYA – Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan sekatan terhadap syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini.

Sekatan sama turut dikenakan terhadap mana-mana kapal yang menggunakan bendera Israel (Israeli-flagged) dan kapal yang sedang menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan negara ini.

Sekatan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan, hari ini.

“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan tersebut.

Beliau menjelaskan, kapal kargo milik ZIM diberi kebenaran berlabuh sejak 2002, diikuti kebenaran mendarat sejak 2005.

“Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” kata Anwar sambil menambah, sekatan itu diyakini tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button