BERITA SEMASA

Kerajaan sedia kaji semula kadar pembiayaan PTPTN

GOMBAK – Kerajaan sedia mengkaji semula kadar pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berdasarkan cadangan yang dikemukakan pelajar.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan membabitkan implikasi kewangan yang besar sekiranya kadar sedia ada dinaikkan.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah meneliti perkara ini. Bagaimanapun, jumlah hutang tertunggak PTPTN ketika ini adalah tinggi. Sekiranya kadar pinjaman dinaikkan, ia akan menambah beban hutang sedia ada.

“Insya Allah, kita cuba menilai semula (kadar pembiayaan) PTPTN ini. Bagaimanapun, hutang terkumpul semasa PTPTN ketika ini berjumlah hampir RM40 bilion dan penilaian semula pembayaran boleh mendorong (jumlahnya naik) kepada RM50 bilion.

“Justeru, buat masa ini kita tangguhkan dahulu. Namun kerajaan tetap komited membantu pelajar berdasarkan keperluan,” katanya dalam sesi soal jawab sempena program Meet Anwar@IIUM: A Special Homecoming, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan kemudian menegaskan, reformasi fiskal termasuk cadangan mengenakan cukai kepada golongan maha kaya, boleh menjadi langkah jangka panjang untuk menyokong pelajar berkeperluan.

“Jika golongan yang sangat kaya, seperti ibu bapa berkemampuan, menyumbang lebih, kita boleh agihkan semula sumber itu bagi membantu pelajar,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button