Kerajaan sasar Malaysia di kedudukan 25 teratas Indeks Pembangunan Manusia dalam masa 10 tahun
KUALA LUMPUR – Kerajaan mensasarkan memperbaiki kedudukan negara dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI) daripada tangga ke-62 kepada 25 teratas dalam tempoh 10 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.
“Nikmat kemajuan ekonomi yang dikecapi kini turut dapat dirasai oleh rakyat seperti yang terpapar pada petunjuk peringkat global dan domestik.
“Malaysia berhasil mencatat pencapaian yang memberangsangkan dalam pembangunan manusia berdasarkan HDI 2021 di tangga ke-62 daripada 191 negara.
“Kita menyasarkan kedudukan ke-25 teratas buat Malaysia dalam masa 10 tahun,” kata Anwar.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pada peringkat domestik, Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia yang mengukur tahap kesejahteraan ekonomi dan sosial rakyat telah meningkat sebanyak 1.3 peratus setahun.
“Pendapatan rakyat juga telah bertambah baik. Pendapatan purata bulanan isi rumah meningkat kepada RM8,479 pada 2022 berbanding RM7,901 pada 2019.
“Malaysia menjadi rumah kepada beberapa syarikat perkhidmatan global ternama, antaranya Endava PLC dari United Kingdom, Cognizant Technology Solutions US Corp dari Amerika Syarikat, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. dari China, Ansell Global Trading Center (Malaysia) Sdn. Bhd. dari Australia dan Siemens Energy Sdn. Bhd. dari Jerman, dan dijangka lebih banyak syarikat perkhidmatan global akan menyatakan minat untuk beroperasi di sini pada masa hadapan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






