Berita Semasa

Kerajaan salur bantuan RM2 juta untuk masyarakat India

GEORGETOWN – Kerajaan Madani komited dalam memperkasakan masyarakat India dengan meneruskan bantuan RM2 juta bagi kuil, persatuan serta sekolah Tamil di seluruh negara.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, inisiatif itu sejajar dengan usaha kerajaan memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat dalam arus pembangunan negara

“Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat India, khususnya dalam aspek pendidikan dan kebajikan, bagi memastikan tiada yang tercicir dalam pembangunan negara,” katanya dalam ucapan sempena sambutan Thaipusam 2025 di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di sini, semalam.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Menurutnya, bantuan itu sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meraikan kepelbagaian dan mengukuhkan perpaduan di Malaysia.

Dalam pada itu, Gobind turut menekankan kepentingan ekonomi digital dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India, khususnya peniaga kecil dan sederhana (PKS).

“Saya melihat ramai peniaga kecil India yang menggunakan platform digital dalam perniagaan mereka.

Perayaan Thaipusam di Pulau Pinang.

“Ini perkembangan positif kerana PKS adalah tulang belakang ekonomi negara,” katanya lagi.

Gobind berkata, kerajaan Madani akan terus memperkukuh infrastruktur digital serta menggalakkan lebih ramai usahawan kecil beralih ke platform dalam talian bagi memperluaskan perniagaan mereka.

Sambutan Thaipusam di Pulau Pinang tahun ini berlangsung dengan meriah, mencerminkan semangat perpaduan serta keindahan kepelbagaian budaya dalam negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button