BERITA SEMASAPMX

Kerajaan Persekutuan perkukuh kerjasama dengan negeri, Geran Per Kapita dinaikkan 25 peratus

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI meningkatkan pemberian Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Geran Perkapita) kepada semua kerajaan negeri sebanyak 25 peratus daripada RM439 juta kepada RM548 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertambahan kadar pemberian yang pertama sejak 2002 itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2025 yang dipengerusikan beliau hari ini.

Katanya, rangsangan peruntukan itu bertujuan memperkukuh kerjasama dengan semua negeri tanpa mengira perbezaan politik bagi memastikan khidmat terbaik kepada rakyat.

“Alhamdulillah, hari ini saya telah mempengerusikan Majlis Kewangan Negara Tahun 2025 yang turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

“Kerajaan MADANI bertekad untuk merapatkan kerjasama dengan semua kerajaan negeri, tanpa mengambil kira fahaman dan kencenderungan politik agar khidmat kepada rakyat dapat disempurnakan dengan baik,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri dan Menteri Besar pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2025 di MOF, Putrajaya hari ini.

Selain itu, Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri turut dinaikkan kepada RM9.8 bilion berbanding RM9.3 bilion tahun lalu.

“Acap kali saya ingatkan bahawasanya apabila berkhidmat untuk rakyat, hubungan dengan semua Kerajaan Negeri harus kekal utuh demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button