
Kerajaan perkenal Kad Pekerja MADANI, beri manfaat kepada sejuta ahli kesatuan
KUALA LUMPUR – Lebih sejuta ahli kesatuan pekerja bakal menerima manfaat daripada Kad Pekerja MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini sempena sambutan Hari Pekerja 2025.
Pengumuman kad yang menawarkan akses diskaun sehingga 30 peratus di lebih 100 syarikat itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat Hari Pekerja 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini, hari ini.
Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, inisiatif itu bertujuan menghargai sumbangan para pekerja serta meringankan beban kos sara hidup mereka.
“Kad Pekerja MADANI untuk memberikan ruang kepada ahli kesatuan yang ada kad pekerja ini, diberi diskaun dalam kemudahan itu,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Antara syarikat yang terbabit menawarkan akses diskaun itu termasuk AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, Old Town White Coffee, Zuss Coffee, SOCAR dan Bateriku.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |