Berita Semasa

Kerajaan perhalusi pengkelasan kategori T15 – Rafizi

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi pengkelasan kategori T15 yang tidak akan menerima manfaat subsidi pada tahun depan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025, kelmarin.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pengkelasan itu perlu dibuat memastikan penyasaran subsidi dilakukan dengan lebih adil.

“Bila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebut T15, itu merujuk kepada kaedah yang akan diumumkan nanti.

“Jadi, jika tanya saya T15 itu berapa (pendapatan), kita perlu lalui proses (untuk menentukan) kerana mahu ia lebih adil. Ia tidak akan (bergantung kepada) pendapatan isi rumah seperti sekarang.

“Ia (pengkelasan baharu) akan ambil kira banyak faktor lain. Selepas kita putuskan, baru kita akan ada populasi (bagi setiap kategori), kemudian kita akan letakkan garis statistik (kategori pendapatan),” katanya.

Rafizi demikian selepas merasmikan Hari Statistik Negara 2024 dan Pra Pelancaran Laman Statistik, di sini hari ini.

Kategori isi rumah T15 merujuk kepada istilah yang digunakan untuk menggambarkan 15 peratus isi rumah teratas dari segi pendapatan dalam masyarakat.

Ini adalah sebahagian daripada pembahagian pendapatan yang sering digunakan untuk menganalisis ketidaksamaan pendapatan, di mana masyarakat dibahagikan kepada kategori berdasarkan pendapatan mereka.

Difahamkan, pengkelasan kategori isi rumah bagi setiap peringkat kini tidak akan menggunakan data pendapatan isi rumah kasar sedia ada, sebaliknya mengambil kira perbelanjaan asas isi rumah untuk menjalani kehidupan wajar, bergantung kepada beberapa pemboleh ubah yang akan ditentukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button