Berita Semasa

Kerajaan pantau peningkatan varian baharu Covid-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti trajektori gelombang baharu Covid-19 berikutan peningkatan dua kali ganda wabak berkenaan di Singapura, sejak dua minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara jiran itu membabitkan dua sub varian baharu Omicron.

“Setakat ini, dilaporkan ia membabitkan kes gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 yang menyumbang lebih dua pertiga daripada kes Covid-19 di Singapura,” katanya menerusi satu hantaran di laman X, hari ini.

Dr. Dzulkefly memberi penjelasan kepada pertanyaan seorang pengguna laman X yang bertanya sama ada Malaysia bersedia untuk berdepan gelombang baharu Covid-19, sebagaimana yang sedang melanda Singapura.

Sementara itu, di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada 12 hingga 18 Mei 2024 ialah 1,230 berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya dengan peningkatan 14.8 peratus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button