BERITA SEMASA

Kerajaan negeri Selangor bentang Belanjawan 2024 pada 10 Nov

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan membentangkan Belanjawan 2024 pada 10 Nov depan.

Laporan portal Selangorkini menyebut Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San sebagai berkata, pembentangan jangkaan kos perbelanjaan tahunan itu diadakan bersekali dengan sidang dewan yang akan berlangsung selama dua minggu.

“Belanjawan tahun depan yang bakal dibentang Datuk Menteri Besar menjamin kehidupan dan keperluan rakyat. Kita fokus untuk meluluskan belanjawan terbabit.

“Sepanjang persidangan, berkemungkinan rang undang-undang perbekalan tambahan tahun ini juga diluluskan selain setiap exco menghujah portfolio masing-masing,” kata Weng San.

Pada awal bulan lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan belanjawan tahun depan dijadual dibentang pada pertengahan November dan sedang menunggu perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Bagi belanjawan negeri tahun ini, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula adalah sebanyak RM1.2 bilion.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button