Berita Semasa

Kerajaan negeri akan bantu Maahad Tahfiz Al Johari

BATU PAHAT – Kerajaan negeri Johor akan memberi bantuan Maahad Tahfiz Al Johari di Parit Bingan, Parit Raja, susulan kejadian kebakaran asrama pelajarnya, pagi tadi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Khalid berkata, bantuan itu akan disalurkan menerusi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Saya mendapat tahu Maahad Tahfiz Al Johari. Aras satu yang menempatkan asrama lelaki terkesan keseluruhannya.

“Insya Allah kita akan bantu. Syukur tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dan takziah kepada pengurusan dan anak-anak,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Dianggarkan 70 peratus blok asrama pelajar lelaki maahad itu musnah dalam kebakaran.

Kebakaran berlaku pada pukul 8.30 pagi menyebabkan bangunan dua tingkat itu musnah sama sekali.

Turut dilaporkan musnah, barangan milik peribadi para pelajar yang tingaal di asrama berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button