
Kerajaan lancar IKR bantu projek bina, baik pulih infrastruktur
PUTRAJAYA – Kerajaan melalui Kementerian Ekonomi memperuntukan sebanyak RM500 juta melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang memperuntukkan bantuan sehingga RM200,000 bagi projek bina atau baik pulih infrastruktur.
Menterinya, Rafizi Ramli berkata, inisiatif Kerajaan Perpaduan itu membolehkan rakyat mengemukakan permohonan projek infrastruktur kecil awam terus kepada kementerian.
Katanya, melalui peruntukan itu, IKR dijangka dapat memberi manfaat sekurang-kurangnya 2,500 projek yang berkepentingan rakyat di seluruh negara.
“Orang ramai boleh memohon peruntukan projek kecil seperti projek baharu dan baik pulih kemudahan asas awam seperti tandas, surau atau lif yang tidak melebihi jumlah yang ditetapkan.
“Dengan bajet RM500 juta itu, kerajaan menjangkakan dapat menyediakan kemudahan IKR ini kepada minimum 2,500 penerima.
“Sebab ada juga projek-projek membaiki yang yanya memerlukan kos sekitar RM30,000 hingga RM50,000
,” katanya ketika sidang media pelancaran IKR di sini, hari ini.
Rafizi berkata, pelancaran IKR diharap dapat menyelesaikan masalah bantuan yang sebelum ini memakan masa yang terlalu lama untuk diluluskan.
“Sebelum ini ada permohonan sehingga 9 bulan untuk diluluskan kerana prosedur dan amalan yang tidak cekap,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya inisiatif itu didapati berkesan, kerajaan sedia mempertimbangkan lanjutan pusingan seterusnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai penerima bantuan itu.
Jelas Rafizi lagi, IKR merupakan bantuan Kerajaan Persekutuan dan bertujuan mendemokrasikan dana kerajaan dalam membiayai pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam yang terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pelaksanaan IKR juga, jelas beliau bertujuan membantu kontraktor-kontraktor kecil seluruh negara yang akan mendapat manfaat daripada projek-projek terbabit.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |