
Kerajaan Kuwait beri maklum balas positif hasrat Malaysia peroleh FA-18 Tentera Udara Kuwait
CYBERJAYA – Kerajaan Kuwait sudah memberi maklum balas positif mengenai hasrat Malaysia untuk memperoleh pesawat pesawat tempur jenis F/A-18C/D Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang kini berada di Kuwait berkata, beliau telah diberikan taklimat mengenai keupayaan status, keupayaan dan pengoperasian pesawat tempur berkenaan.
Selain itu, beliau turut dibawa untuk melihat sendiri keadaan sebahagian aset strategik berkenaan.
“Dalam rangka lawatan kerja ke Kuwait, saya telah ke Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber, yang antara lain menempatkan Skuadron 9, skuadron yang bertanggungjawab mengendalikan pesawat tempur jenis F/A-18C/D Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF).
“Ketibaan saya dan delegasi Malaysia telah disambut oleh Mejar Jeneral Sheikh Sabah Jaber Al-Ahmad Al-Sabah, Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Kuwait yang juga merupakan Komandan Tentera Udara Kuwait,” kata Khaled dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Beliau turut berkongsikan beberapa gambar lawatan tersebut dalam hantaran berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |