Kerajaan komited perkasa PKS bagi pacu ekonomi digital – PM
KUALA LUMPUR – Kerajaan komited untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif strategik termasuk kemudahan pembiayaan, jaminan tambahan serta sokongan terhadap inovasi dan pendigitalan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai hab pelaburan yang diyakini di rantau ini, selain memastikan syarikat tempatan dan syarikat pemula tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi global.
“Kita mahu melihat PKS tempatan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa. Haluan masa depan mesti berpaksikan teknologi, kelestarian dan keterangkuman untuk memastikan kejayaan berterusan,” katanya dalam ucapan di Persidangan GOTRADE 2025 hari ini.
Menurut Anwar, transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan automasi kini bukan lagi satu kemewahan, sebaliknya menjadi keperluan utama dalam menentukan daya saing dan kemajuan negara pada masa hadapan.
“Justeru, jangan kita alpa kerana masa depan ekonomi negara bergantung kepada sejauh mana kita mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan inovasi,” katanya lagi.
Beliau berkata, komitmen ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan ekonomi berasaskan kemajuan teknologi, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






