Kerajaan jumpa wakil X bincang isu Grok, petang ini
SHAH ALAM – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pihaknya dijadualkan mengadakan pertemuan dengan wakil daripada X, petang ini.
Beliau memberitahu, pertemuan itu adalah bagi membincangkan mengenai mengenai penyalahgunaan chatbot kecerdasan buatan (AI), Grok, di Malaysia.
“Kami akan bertemu dengan X petang ini. Selepas itu, MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan mengeluarkan satu kenyataan (rasmi),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan projek perintis (PoC) kenderaan autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional, di sini hari ini.
Fahmi turut mengalu-alukan apa yang disifatkannya sebagai sikap X yang kini lebih terbuka dalam memberi respons terhadap maklum balas daripada kerajaan pelbagai negara.
“Saya mengalu-alukan sikap X yang mula menguruskan maklum balas yang diberikan oleh pelbagai negara dan kerajaan,” katanya.
Tambah beliau, platform itu juga telah mula membuat perubahan terhadap aplikasi Grok, susulan penelitian yang semakin meningkat oleh pihak pengawal selia di peringkat global dan di Malaysia terhadap kandungan yang dihasilkan oleh chatbot tersebut.
Fahmi bagaimanapun tidak memperincikan butiran mesyuarat atau perubahan khusus yang dibuat terhadap Grok, sambil berkata maklumat lanjut akan dimaklumkan menerusi kenyataan MCMC yang akan dikeluarkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








