BERITA SEMASA

[VIDEO] Kerajaan jangka kehadiran pengunjung LIMA 25 lebih tinggi dari edisi sebelumnya

PUTRAJAYA – Jumlah kehadiran pengunjung dalam acara Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) dijangka lebih tinggi berbanding dua tahun lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini sebanyak 10,000 tiket pelawat awam telah terjual manakala beberapa pempamer antarabangsa antaranya dari China, Perancis, United Kingdom, Australia dan Itali telah membuat tempahan.

@malaysiatribune

Pameran pertahanan LIMA 2025 yang akan berlangsung di Pulau Langkawi pada 20 hingga 24 Mei ini dijangka lebih besar daripada edisi 2023. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) telah memaklumkan bahawa jumlah kehadiran dijangkakan adalah lebih besar daripada dua tahun lalu.

“Jumlah yang akan ditandatangani bagi apa yang disebut mungkin penjualan dari segi (sales) untuk aset-aset itu yang akan disaksikan dalam LIMA kali ini. Kami difahamkan lebih daripada tahun tahun yang lalu,” katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian dalam sidang akhbar mingguan, di sini hari ini.

Bertemakan “Kemajuan Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan”, LIMA 25 yang akan berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi pada 20 hingga 24 Mei akan menyaksikan pameran inovasi pertahanan, maritim dan aeroangkasa melibatkan pelbagai negara.

Untuk rekod, LIMA 23 yang berlangsung dua tahun lalu menyaksikan lebih daripada 600 syarikat dari 30 buah negara mengambil bahagian dan menjadikannya sebagai edisi terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 1991.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button