BERITA SEMASA

Kerajaan hormati kebebasan badan kehakiman

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak mencampuri urusan mahkamah, termasuk urusan pelantikan badan kehakiman kerana menghormati prinsip kebebasan institusi perundangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, segala proses berkaitan pelantikan atau penyambungan kontrak mana-mana penjawat awam termasuk hakim, harus mengikut prosedur ditetapkan.

“Penjawat awam atau hakim, mana-mana pegawai yang tempoh persaraannya, ia ada prosedur. Apabila kita bersara tidak sambung automatik dan dalam keadaan ini saya ditegur, maksudnya (seperti) ada satu kempen (kata) mesti sambung (pelantikan) ini, jangan sambung (pelantikan) ini.

“Maksudnya, institusi yang sepatutnya ada integriti dan bebas itu sudah dipolitikkan dan apa yang berlaku, ialah prosesnya, malah ada yang mengatakan Ini kuasa mutlak Perdana Menteri… tidak dan kalau saudara faham Perlembagaan, sudah (tentu) tahu prosesnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Anwar turut menjelaskan, urusan pelantikan bagi jawatan-jawatan tertinggi juga bukan terletak pada kuasa Perdana Menteri sepenuhnya.

“Apa yang berlaku ialah prosesnya. Ada yang mengatakan ini kuasa Perdana Menteri mutlak. Tidak.

“Kalau saudara faham perlembagaan, sudah tahu prosesnya. Ada suruhanjaya, ada Perdana Menterinya, ada Yang di-Pertuan Agong.

“Pelantikan baru Yang di-Pertuan Agong, kemudian dibentangkan untuk perbincangan dengan Majlis Raja-Raja. Jadi, semua hal itu harus diikuti.” katanya lagi.

Justeru, beliau mengingatkan institusi perundangan itu tidak boleh dipolitikkan dan perlu terus kekal bebas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button