Berita Semasa

Kerajaan digesa desak negara Arab, OIC, PBB hentikan serangan Israel terhadap Gaza

KAJANG – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan susulan serangan Iran ke atas Israel, baru-baru ini.

Presiden GAMIS, Imran Sulaiman berkata, kerajaan hendaklah menjadi pemangkin kepada penyatuan negara-negara Islam melalui jaringan inisiatif yang pelbagai dan rencam.

“Kerajaan Malaysia hendaklah mendesak negara-negara Arab campur tangan dalam menghentikan jenayah perang Israel-Palestin.

Presiden GAMIS, Ismail Imran.

“Selain itu, kerajaan juga hendaklah mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bersuara dan bertindak dengan lebih tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin,”katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, GAMIS mewakili mahasiswa Islam di Malaysia tekad memperjuangkan desakan-desakan ini untuk dilaksanakan demi menzahirkan kelangsungan sokongan dan perjuangan rakyat Malaysia terhadap hak dan kebebasan rakyat Palestin daripada kezaliman rejim Zionis Israel.

Terdahulu, Israel telah menyerang bangunan diplomatik Iran di Syria, yang mengakibatkan kematian tujuh pegawai tinggi tentera, termasuk komander dan timbalan komander tentera elit IRGC, pada 1 April lalu.

Susulan itu, Iran melancarkan satu serangan balas ke atas Israel dengan pelancaran kira-kira 200 buah dron dan peluru berpandu dalam operasi yang dipanggil ‘True Promise’, baru-baru ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button