BERITA SEMASAPMX

Kerajaan belum cadang wajibkan caruman simpanan shariah KWSP untuk pencarum Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang untuk mewajibkan caruman Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pencarum beragama Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, kerajaan menggalakkan masyarakat untuk memilih skim tersebut, mengambil kira kadar dividen bagi Simpanan Shariah KWSP 2024 yang memberangsangkan iaitu sebanyak 6.3 peratus.

“Bagi saya, kesan ini penting. Rekod ini dengan sendirinya akan memberi galakan kepada umat Islam untuk memindahkan kepada Simpanan Shariah.

“Sebab itu, kita tidak cadang mewajibkan, tetapi dengan bukti ini dan beberapa siri galakan dan penerangan, kita harap jumlah ini akan dapat ditambah.

“Namun, tidak ada dasar mewajibkan, tetapi menggalakkan. Umat Islam sepatutnya diberi penjelasan apa erti perbankan beberapa instrumen kewangan,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang bertanya adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan dasar baharu untuk mewajibkan semua pencarum beragama Islam mencarum ke dalam simpanan shariah secara automatik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button