
Kerajaan bakal keluar vaksin sendiri menjelang 2030
BANGI – Kerajaan bakal menghasilkan vaksin sendiri yang lebih terjamin dari segi keselamatan menjelang 2030 sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pandemik pada masa akan datang.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, melalui kerjasama yang dijalinkan dengan pihak swasta, pembangunan kapasiti penghasilan vaksin itu akan memberi jaminan kepada negara untuk tidak lagi bergantung kepada bekalan dari luar negara.
Beliau berkata, pembangunan itu akan terlaksana melalui kerjasama Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) melalui Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) bersama MVP Healthcare Sdn Bhd (MVP Healthcare) dan Pfizer Malaysia Sdn Bhd (Pfizer Malaysia).
“Ketika pandemik Covid-19 lalu, kita bergantung 100 peratus kepada pengeluar dari luar negara untuk mendapatkan vaksin, namun sekiranya ada kapasiti untuk menghasilkan vaksin manusia, ini bermaksud negara sudah tidak perlu bergantung pengeluar lain.
”Buat masa ini kita mahu membangunkan kapasiti terlebih dahulu, sebelum menentukan jenis vaksin yang akan kita hasilkan,” katanya selepas menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara NIBM, MVP Healthcare dan Pfizer Malaysia di Institut Genom dan Vaksin Malaysia hari ini.
Lih Kang berkata, MoU berkenaan bertujuan meneroka potensi projek bersama yang mampu merancakkan pembangunan ekosistem vaksin tempatan.
Kerjasama itu merupakan salah satu usaha untuk menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) di bawah Teras Penjagaan Keshatan dan Kesejahteraan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |