BERITA SEMASA

Kerajaan akan umumkan diskaun tol Aidilfitri tidak lama lagi

PUTRAJAYA – Pengumuman mengenai pemberian diskaun tol sempena Aidilfitri akan dibuat tidak lama lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun yang akan diumumkan itu adalah sama seperti diumumkan pada perayaan Tahun Baharu Cina Januari yang lalu.

“Memang kita akan ada (beri diskaun) sebab kita dah buat pada Tahun Baharu Cina. Takkan kita tak buat pada Aidilfitri. Tunggu sebentar lagi, kami akan umum.

“Sabar… balik kampung nanti ada (diskaun),” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina lalu, kerajaan memberikan potongan tol selama dua hari bermula 12.01 tengah malam 27 Jan hingga 11.59 malam 28 Jan.

Diskaun sebanyak 50 peratus itu melibatkan kenderaan persendirian kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Bagi tahun ini, Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 31 Mac.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button