Kerajaan akan umum harga istimewa tiket penerbangan buat pelajar IPT
PETALING JAYA – Kerajaan akan mengumumkan harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam masa terdekat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pengurangan harga itu boleh dilaksanakan kerana ia akan melibatkan subsidi daripada kerajaan.
“Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi… kita akan ada perancangan untuk pelajar (membeli tiket) dengan subsidi kerajaan,” katanya.
Loke berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad di sini malam tadi.
Jelasnya, harga istimewa tersebut akan diberikan kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.
Tambahnya, walaupun terdapat penambahan jumlah penerbangan dan kapasiti pesawat yang lebih besar, ia masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






