
9 maut selepas minum arak tercemar
AMMAN — Sembilan maut manakala 17 masih dirawat akibat keracunan metanol yang berpunca daripada minuman alkohol tercemar di Jordan, semalam.
Menurut Jurucakap Jabatan Keselamatan Awam (PSD), Amer Sartawi, kesemua mangsa mengalami gejala seperti loya, pening dan sesak nafas selepas mengambil minuman itu.
“Siasatan mendapati alkohol tercemar itu dihasilkan oleh sebuah kilang tempatan yang mengedarkan produk tersebut di bawah pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan.
Insiden keracunan itu mula dikesan pada Khamis lalu di Wilayah Zarqa, timur laut Jordan, sebelum siasatan lanjut dijalankan.
“Ujian makmal ke atas sampel biologi mangsa dan produk yang dirampas mengesahkan kehadiran metanol, sejenis alkohol berbahaya yang tidak sesuai untuk diminum manusia,” jelasnya.
Susulan itu, kilang terbabit telah diarahkan tutup dan beberapa individu ditahan bagi membantu siasatan.
Pihak berkuasa kini giat menjalankan operasi untuk menarik semula produk tercemar dari pasaran.
Metanol, lebih dikenali sebagai alkohol kayu, biasanya digunakan dalam industri dan boleh menyebabkan kesan kesihatan serius termasuk buta, kerosakan organ serta kematian jika diminum.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |