BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Malaysia sokong penuh Kenyataan Tokyo 2025 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) yang berlangsung di Tokyo tahun ini dijangka menjadi medan penting dalam merangka dasar-dasar serantau ke arah transformasi digital yang lestari dan menyeluruh di Asia Pasifik.

Malaysia menyatakan komitmen penuh terhadap pelaksanaan Kenyataan Tokyo 2025 dalam usaha memperkukuh pembangunan infrastruktur digital yang inklusif, mampan dan berdaya tahan di rantau berkenaan.

Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT)
Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT)

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sokongan itu dizahirkan sempena mesyuarat tersebut yang menekankan kepentingan kesaksamaan teknologi dan kelestarian dalam ruang digital.

“Malaysia komited memastikan akses sejagat dan pembangunan teknologi digital yang menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat, sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Fahmi berkata, komitmen tersebut turut dikongsi beliau dalam sesi bersama Menteri bertajuk “Sustainable Digital Infrastructure and Accessibility”, yang memberi fokus kepada usaha memperkukuh capaian dan keterangkuman teknologi di peringkat nasional.

“Antara inisiatif utama yang telah menyumbang kepada pencapaian tersebut ialah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang telah berjaya memperluaskan capaian internet berkelajuan tinggi ke lebih 9.03 juta premis serta meningkatkan liputan 5G ke lebih 82 peratus kawasan berpenduduk.

“Keberhasilan ini telah memberi impak ketara kepada kemajuan keterangkuman digital negara.

“Pada suku keempat tahun 2024, kelajuan jalur lebar mudah alih negara telah mencatat purata 105.36 Mbps manakala liputan internet mencapai 98.66 peratus,” katanya lagi.

Tambah beliau, dengan kadar penembusan peranti mudah alih mencecah 61 peratus dan peluasan rangkaian 5G yang berterusan.

“Kita kini berada di landasan tepat untuk menjana lebih banyak peluang dalam sektor pendidikan, ekonomi digital dan pelbagai industri lain.

“Malaysia turut bersedia bekerjasama dengan negara-negara APT lain untuk berkongsi inovasi serta membina masa depan digital yang lebih inklusif dan mampan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button