BERITA SEMASA

Kenyataan rasmi pengampunan Najib dijangka minggu ini – Dr Zaliha

PUTRAJAYA – Kenyataan berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka and diumumkan minggu ini, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.

“Kita tunggu kenyataan (rasmi). Insya-Allah minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Terbuka Putrajaya sempena Hari Wilayah di sini, hari ini.

Terdahulu, timbul desas-desus bahawa Najib telah menerima pengampunan diraja bagaimanapun berita tersebut ditarik balik.

Bagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan Lembaga Pengampunan berhubung perkara berkenaan.

Najib didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dan telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button