BERITA SEMASA

Kenderaan tenggelam, Jalan Kebun, Seri Muda dan Kota Kemuning dilanda banjir kilat

SHAH ALAM – Beberapa kawasan di sekitar Jalan Kebun, Seri Muda dan Kota Kemuning di sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan, petang ini.

Memetik laporan Sinar Harian, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam memaklumkan menerima dua laporan mengenai kejadian banjir kilat iaitu di Jalan Kebun dan Kota Kemuning.

Menurutnya, pasukan itu melakukan pemantauan di Jalan Kebun manakala pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas membuat pemantauan di kawasan Kota Kemuning.

“Bagaimanapun setakat ini keadaan terkawal dan keadaan banjir kilat beransur pulih sementara keadaan lalu lintas juga terkawal,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video dan gambar keadaan limpahan air di jalan-jalan utama sekitar Jalan Kebun dan Kota Kemuning termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kemuning.

Lebih memburukkan kejadian apabila ketika banjir berlaku, orang ramai sedang pulang daripada kerja dan mengambil anak dari sekolah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button