BERITA SEMASA

Kenal pasti fakta atau auta: 1,298 sekolah di Sabah terlibat Kempen Internet Selamat

TAWAU- Sebanyak 1,298 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Sabah akan terlibat dalam Kempen Internet Selamat (KIS) iaitu inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut MCMC, kempen yang dirancang secara berperingkat itu akan memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dalam talian bagi murid sekolah menerusi pendekatan pendidikan yang bersesuaian.

“Sekolah Menengah Holy Trinity, Tawau menjadi sekolah menengah pertama di daerah ini bagi pelaksanaan KIS yang mengguna pakai modul pelajar sekolah menengah 13 hingga 17 tahun dengan penyertaan seramai 290 pelajar.

“Objektif modul ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan keselamatan internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan internet,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching hadir pada majlis KIS di Sekolah Menengah Holy Trinity hari ini.

Terdahulu Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Sabah, hadir pada majlis KIS di Sekolah Menengah Holy Trinity.

Dalam pada itu katanya, melalui modul itu, para pelajar diharap dapat membezakan antara maklumat sahih dengan palsu di internet dengan mengenal pasti ciri-ciri fakta dan auta, serta menilai risiko mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka dalam talian.

Menurutnya, mereka juga akan dapat mengenal pasti tanda-tanda pengantunan seksual dalam talian dan lebih bersedia dengan strategi perlindungan kendiri.

Selain itu, katanya, pelajar juga diharap dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritikal dan empati untuk membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab ketika berinteraksi di internet.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button