Berita Semasa

Kenaikan 20 peratus kos haji berdasarkan kewangan TH

KUALA LUMPUR – Peningkatan bayaran haji bagi jemaah Muassasah kumpulan B40 dan M40 untuk tahun 2025 dibuat berdasarkan kemampuan kewangan Tabung Haji (TH) yang kini melalui proses penambahbaikan sejak 2018.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pertambahan kos sebanyak 20 peratus itu berikutan kenaikan kos perkhidmatan dan pengurangan subsidi kerana kedudukan kewangan semasa TH.

“Soalan berkaitan Tabung Haji, kos keseluruhan menunaikan haji ialah RM33,000.

“Sebelum ini, subsidi yang diberikan lebih tinggi kerana kedudukan kewangan TH lebih baik.

“Namun, subsidi perlu seimbang dengan kemampuan semasa,” katanya ketika menjawab soalan Senator Baharuddin Ahmad di Dewan Negara, hari ini.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman mengumumkan kenaikan bayaran haji untuk golongan B40 dari RM12,356 kepada RM15,000 pada 2024.

Beliau menjelaskan, kenaikan itu disebabkan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

“Kos keseluruhan haji Muassasah kekal pada RM33,300 seorang, tetapi bayaran jemaah perlu disesuaikan untuk mengurangkan beban subsidi yang ditanggung TH,” katanya.

Kenaikan itu dilihat perlu untuk memastikan kestabilan kewangan badan berkenaan di samping membantu lebih ramai jemaah menunaikan haji pada masa akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button