BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kempen Premis Makanan Bersih PBT 2025: Medan Selera Sungai Pelek jadi tumpuan

SEPANG – Medan Selera Sungai Pelek dipilih sebagai lokasi bagi Kempen Premis Makanan Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2025 yang akan dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Penyertaan bagi kempen itu diketuai oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) yang turut mencalonkan medan selera berkenaan sebagai wakil tahun ini dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan ke tahap gred A.

Mohd Salihin menyampaikan cenderahati buat peniaga ketika sesi lawatan MPSepang di Medan Selera Sungai Pelek kelmarin.

“Sebagai langkah awal pelaksanaan, satu lawatan tapak telah diadakan di sekitar medan selera tersebut yang diketuai oleh Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, Mohd Salihin Jelani baru-baru ini.

“Lawatan ini turut disertai wakil daripada jabatan-jabatan teknikal termasuk Jabatan Pengurusan dan Penilaian Harta, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Landskap, Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam,” kata MPSepang dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penilaian turut dibuat terhadap keperluan dan aspek penambahbaikan melibatkan kemudahan asas, landskap serta struktur bangunan bagi memastikan premis berada pada tahap terbaik dari segi kebersihan dan keselesaan pengunjung.

Selain itu, satu taklimat turut disampaikan oleh Mohd Salihin bagi menerangkan matlamat, pelaksanaan serta pengisian program sepanjang tempoh kempen berlangsung.

“Kempen ini dijangka menjadi pemangkin semangat kepada para pengusaha makanan di Medan Selera Sungai Pelek untuk mengekalkan standard kebersihan dan keselamatan makanan, sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang bersih dan sihat untuk semua,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button