
Kempen Advokasi MCMC di bazar Ramadan fokus keselamatan internet
KUALA LUMPUR – Empat bazar Ramadan di Kuala Lumpur dan Selangor dipilih sebagai lokasi pelaksanaan Kempen Advokasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sepanjang bulan Ramadan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan internet.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kempen itu memanfaatkan kehadiran tinggi pengunjung di bazar Ramadan untuk menyampaikan mesej berkaitan keselamatan dalam talian.

“Sebagai sebahagian daripada advokasi ini, kita mahu menegaskan bahawa kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak sepatutnya mempunyai akaun media sosial atau TikTok.
“Kita juga mempromosikan penggunaan chatbot AIFA (Artificial Intelligence Fact-check Assistant) bagi membantu orang ramai mengesahkan kesahihan sesuatu berita,”* katanya ketika menghadiri Kempen Advokasi MCMC di Bazar Ramadan Wangsa Maju hari ini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan.
Menurut Fahmi, bazar Ramadan Wangsa Maju merupakan lokasi pertama kempen ini, namun tiga lagi lokasi terpilih tidak didedahkan.
“Kempen ini turut memberi penekanan kepada pencegahan penipuan dalam talian serta keselamatan kanak-kanak ketika melayari internet.
“Kita mahu pastikan masyarakat lebih peka terhadap risiko dalam talian, terutama dalam mengelakkan menjadi mangsa penipuan yang semakin berleluasa,” katanya lagi.
Fahmi turut berkata, semua 7,300 petak niaga bazar Ramadan di Kuala Lumpur telah menerima bantuan sebanyak RM100 yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada peniaga yang terlibat dalam kempen itu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |