BERITA SEMASA

Kementerian Perpaduan serah penjelasan isu stoking kepada KDN

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara menyerahkan penjelasan mengenai isu penjualan stoking bercetak kalimah ‘Allah’ oleh kedai serbaneka KK Mart kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menterinya, Datuk Aron Ago Dagang berkata, kementerian itu tidak akan mengeluarkan kenyataan bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Kami di kementerian mahu perpaduan, kami tidak mahu perpecahan,” katanya ringkas kepada media selepas merasmikan Bengkel Hala Tuju Unit Transformasi MasyarakatIndia Malaysia (MITRA) di sini hari ini.

Isu penjualan stoking berkalimah Allah baru-baru mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh negara meskipun pihak KK Mart telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Semalam, KDN menyerahkan siasatan lanjut mengenai kes itu kepada pihak polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button