
Kementerian Komunikasi lancar Skuad Ihsan bantu pasca banjir
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, semalam melancarkan Skuad Ihsan MADANI Kementerian Komunikasi sebagai inisiatif menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana banjir di seluruh negara.
Fahmi semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian berkata, seramai 529 kakitangan kementerian itu telah mendaftar sebagai sukarelawan untuk menyertai usaha membantu mangsa pasca banjir di kawasan-kawasan terjejas.
Dalam majlis yang sama, beliau turut berinteraksi secara dalam talian bersama sukarelawan Skuad Ihsan MADANI yang sedang bertugas di Kelantan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan empat syarikat telekomunikasi utama iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia turut memberi komitmen sebagai rakan strategik dalam usaha menyantuni mangsa banjir.
“Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga akan terus menyelaraskan kerja baik pulih infrastruktur komunikasi bagi memastikan masyarakat kekal berhubung semasa bencana,” katanya.
Langkah itu ujar beliau mencerminkan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta dalam membantu rakyat menghadapi kesan bencana banjir.

Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |