BERITA SEMASA

Kementerian Komunikasi aktifkan Tabung Bantuan Bencana Banjir

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan pengaktifan Tabung Bantuan Bencana Banjir bagi membantu kakitangannya dan warga media yang terjejas susulan situasi terkini bencana banjir yang melanda negara.

Setakat hari ini, seramai 54 orang kakitangan kementerian, jabatan dan agensi di bawah kementerian di lapan negeri telah dikenal pasti.

Pada masa yang sama, seramai 13 petugas daripada beberapa agensi media turut terjejas.

“Tabung bantuan yang diwujudkan sejak 2022 (ini) sedia disalurkan kepada mangsa selain bantuan khidmat baik pulih serta pembersihan kediaman dan kawasan yang terkesan,” kata kementerian dalam satu kenyataan, hari ini.

kementerian turut menasihatkan orang ramai supaya mengikuti perkembangan situasi banjir daripada sumber yang sahih dan berada dalam keadaan siap siaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Kami turut ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan situasi banjir (yang berlaku kini),” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button