BERITA SEMASA

Kementerian Komunikasi akan anjur taklimat khas tatacara penggunaan Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan mengadakan sesi taklimat khas oleh akan mengadakan satu taklimat khas  buat pengamal media serta unit komunikasi korporat agensi kerajaaan berhubung tatacara penggunaan Jalur Gemilang dan lambang rasmi negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu adalah inisatif kementerian dalam mengelakkan isu yang sama berulang.

“Langkah ini penting supaya semua pihak memahami batas dan tanggungjawab dalam menyiarkan lambang rasmi negara, sama ada dalam bentuk cetakan atau digital.

“Semua ini agar selaras dengan garis panduan dan peraturan sedia ada dalam semua bentuk penyiaran, sama ada bercetak mahupun digital,” katanya dalam sidang akhbar mingguan, di sini hari ini.

Kontroversi mengenai Jalur Gemilang timbul apabila akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily mengeluarkan cetakan surat khabar yang memaparkan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit.

Fahmi kemudian menjelaskan, siasatan kes berkenaan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia melibatkan bahan bercetak, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan meneliti aspek kandungan versi digital seperti akhbar dalam talian (e-paper).

“Untuk kes ini, ia di bawah KDN kerana melibatkan bahan bercetak iaitu surat khabar. Jadi, ia tidak melibatkan MCMC secara langsung, walaupun akhbar itu ada menerbitkan versi digital, aspek itu turut diteliti oleh pihak MCMC,” katanya lagi.

Fahmi turut menjelaskan, walaupun siasatan sedang berjalan, pihaknya perlu mengambil pendekatan proaktif untuk menganjurkan taklimat khas kepada pemain industri.

“Mungkin dalam tempoh dua minggu, kita akan anjurkan sesi ini untuk rakan-rakan media dan juga unit komunikasi korporat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta agensi-agensi kerajaan.

“Kita mahu memastikan bahawa insiden seperti ini tidak berulang,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button