
Kementerian Digital dorong kerajaan negeri, PBT gubal undang-undang perkongsian data
GEORGE TOWN – Kementerian Digital mendorong kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mewujudkan undang-undang perkongsian data, sekali gus menghasilkan kerangka yang lebih jelas dan berkesan.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, hal tersebut selari dengan Akta Perkongsian Data 2025 yang berkuatkuasa hari ini bagi membolehkan perkongsian data di antara agensi dan kementerian di peringkat pusat.
“Ini akan membolehkan satu proses bermula, sekiranya data diperlukan oleh agensi-agensi tertentu daripada agensi-agensi yang lain maka wujud prosedur iaitu permintaan boleh dibuat untuk memperoleh data tersebut.
“Satu jawatankuasa diwujudkan yang diketuai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Digital akan membuat penilaian berkaitan dengan litar tersebut dan sekiranya data itu boleh dikongsikan maka ianya akan dibenarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri taklimat Penang Ai City Beyond Smart Cities di Komtar di sini hari ini.
Gobind berkata demikian selepas membuat lawatan ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi
menghadiri program taklimat “Penang AI City: Beyond Smart Cities” di sini hari ini.
Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Digital untuk memacu penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan 5G di Malaysia.
Sepanjang lawatan itu, Gobind berkongsi kemajuan Pulau Pinang ke arah menjadi bandar yang mengintegrasikan penggunaan AI dalam infrastruktur sedia ada.
Sementara itu, Gobind turut memaklumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Smary City Expo pada 17 September depan.
Ekspo yang biasanya diadakan di Bercelona, Sepanyol itu bakal menampilkan teknologi baharu berkaitan Smart Cities dan dijangka bakal menarik kunjungan antarabangsa ke Malaysia.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |