
Kementerian Digital agih 700 pek bubur lambuk
PUTRAJAYA – Sebanyak 700 pek bubur lambuk berjaya diagihkan Kementerian Digital melalui program tahunan ‘Digital Connect: Lambuk For All’ yang berlangsung di Ruang Legar Menara Usahawan, di sini hari ini.
Majlis penyampaian bubur lambuk kepada warga kementerian dan kakitangan agensi di bawah seliaan kementerian itu disempurnakan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo diringi timbalannya, Datuk Wilson Ugak anak Kumbong.
Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan, tetapi juga mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja kementerian.

Majlis ini turut mendapat sambutan hangat daripada para hadirin yang menyatakan penghargaan atas usaha Kementerian Digital dalam menganjurkan program kebajikan seperti ini.
Dengan kejayaan penganjuran tahun ini, program ‘Digital Connect: Lambuk for All’ terus membuktikan bahawa nilai tradisi dan kemajuan teknologi boleh bergerak seiring dalam membentuk masyarakat yang lebih harmoni.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |